Siri Animasi TV

Pokémon the Series: The Beginning

  • Facebook
  • Twitter

STORY

Ianya merupakan hari jadi yang kesepuluh bagi Ash Ketchum dan dia telah bersedia melakukan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak yang seusia dengannya di Daerah Kanto iaitu menjadi seorang Pelatih Pokémon. Namun, ianya tidak seperti yang dirancangkannya apabila dia berakhir dengan Pikachu dan bukan Pokémon yang biasa dan memenangi Lencana Gim menjadi lebih sukar daripada apa yang difikirkannya. Nasib menyebelahinya apabila bekas Ketua Gim, Brock dan juga Misty berada disisinya bersama-sama dengan kawan baru Pokémon termasuk Bulbasaur, Squirtle dan Charmander.

CHARACTER

Ash

Seorang budak lelaki yang berimpian untuk menjadi Pokémon Master. Walaupun Ash belum begitu mahir lagi, cintanya terhadap Pokémon melebihi orang lain dengan gandanya. Ash memulakan perjalanannya dari Bandar Pallet sebagai Pelatih bersama Pikachu yang diterimanya dari Profesor Oak.

Pikachu

Pokémon yang diterima Ash dari Profesor Oak pada hari pertama perjalanannya sebagai Pelatih. Pada mulanya, Pikachu tidak serasi sama sekali dengan Ash. Selepas melalui beberapa perjalanan, mereka menjadi pasangan yang terbaik dan paling kuat.

Misty

Bermula pada perjalanannya untuk menjadi Pelatih Pokémon yang sangat cemerlang. Tiga adik beradiknya adalah Ketua Gim bagi Gim Cerulean. Misty meminjamkan Ash basikalnya dan kedua-dua mereka pergi mengembara bersama. Sifat kelakian dan kadang-kadang sarkastik, Misty sebenarnya seorang gadis baik hati.

Brock

Brock dilantik sebagai Ketua Gim bagi Gim Pewter. Dia memutuskan untuk memulakan perjalanan apabila bertemu Ash. Brock suka Pokémon dan lebih suka membesarkan mereka daripada melawan mereka. Dia berimpian untuk menjadi Pokémon Breeder yang membesarkan Pokémon.

Profesor Oak

Seorang penyelidik di Bandar Pallet dalam Daerah Kanto yang diberi kuasa untuk menyelidik dan menyiasat ekologi Pokémon. Menjadi seorang yang berkarisma dan popular, Profesor Oak kerap muncul dalam pelbagai acara di pelbagai daerah dan akan dijemput untuk persembahan.

Team Rocket

Organisasi jahat yang diketuai oleh Giovanni untuk menakluk dunia. Jessie, James dan Meowth dalam Team Rocket berusaha untuk menangkap Pikachu kepunyaan Ash.

Partner Pokémon
  • Wobbuffet
Tracey

Mengisytiharkan diri sebagai Pokémon Watcher. Pemuda lembut yang melukis lakaran Pokémon dengan sangat bagus dan sangat baik dalam memerhati Pokémon.

Partner Pokémon
  • Marill
  • Scyther
  • Venonat
Profesor Elm

Seorang profesor yang mengkaji tentang Pokémon di Bandar New Bark di Daerah Johto. Beliau adalah anak murid dan pembantu Profesor Oak yang memberi Pelatih Pokémon yang baru Pokémon pertama mereka di Daerah Johto.

Ibu Ash

Menetap di Bandar Pallet dan menyokong perjalanan Ash. Sentiasa cerah dan berseri, bersorak pada Ash semasa perjalanannya.

Gary

Rakan zaman kanak-kanak Ash dan saingan pertama. Cucu kepada Profesor Oak yang memilih Squirtle sebagai Pokémon pertamanya. Pelatih yang cemerlang dengan kebolehan yang luar biasa.

POINT

Pertemuan dengan Pikachu

Pikachu adalah pasangan terbaik Ash. Walaubagaimanapun, pertemuan pertama mereka tidaklah begitu baik. Namun, pada masa yang tertentu membolehkan mereka menguatkan lagi ikatan persahabatan mereka.

Pokédeks

Buku gambar dengan maklumat mengenai Pokémon yang memberikan penjelasan tentang ciri-ciri Pokémon yang ditemui.

Tangkap Pokémon

Pokémon liar boleh ditangkap menggunakan Pokéball semasa pertempuran. Pertemuan dengan Pokémon berkilat amat jarang sekali berlaku.

Pokémon Battle

Pertempuran di antara satu Pokémon dengan Pokémon liar mahupun dengan Pokémon pelatih yang lain. Pokémon liar boleh ditangkap menggunakan Pokéball.

Gim Pokémon

Kemudahan pertempuran untuk Pokémon yang wujud di setiap daerah dengan ketua gim yang dilantik pada setiap gim. Mereka yang menang melawan ketua gim dengan keupayaan mereka akan diberikan lencana gim.

Evolusi Pokémon

Perubahan bentuk Pokémon dan meningkatkan kuasanya. Evolusi berganda kadang-kala berlaku.

Menawarkan perpisahan dengan Pokémon

Ada kalanya perpisahan dengan Pokémon adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ia amatlah menyakitkan hati untuk mengucapkan selamat tinggal dengan Pokémon yang telah bersama anda dalam beberapa perjalanan dan berjuang dalam beberapa pertempuran bersama-sama dengannya.

Telur Pokémon

Telur Pokémon membuatkan orang yang pertama kali melihatnya menetas menjadi beremosi. Terdapat juga 'Pokémon Day Care' yang berperanan untuk menjaga dan memelihara telur.

Rakan Pokémon di Wilayah Kanto

Pikachu / Bulbasaur / Charizard / Muk / Pidgeotto/ Squirtle

Goldeen / Horsea / Psyduck / Starmie / Staryu / Togepi

Geodude / Onix / Vulpix / Zubat

Rakan Pokémon di Pulau Orange

Pikachu / Bulbasaur / Charizard / Lapras / Snorlax / Squirtle

Goldeen / Poliwag / Psyduck / Staryu / Togepi

Rakan Pokémon di Wilayah Johto

Pikachu / Bayleef / Cyndaquil / Phanpy / Totodile

Corsola / Goldeen / Politoed / Psyduck / Staryu / Togepi

Crobat / Forretress / Geodude / Onix