Permainan Video

Pokémon Rumble World

  • Facebook
  • Twitter
malaysia_videogames_Pokemon_Rumble_World_main.jpg

Mainan Pokémon bersedia untuk bertarung! Aksi yang mengagumkan dengan memaparkan 719 jenis Pokémon! Siri Pokémon Rumble adalah permainan aksi yang membolehkan anda mengawal mainan Pokémon secara intuitif. Pokémon Rumble World adalah permainan yang boleh dimulakan secara percuma dan penuh dengan kandungan, yang membolehkan anda mengumpul Mega-Evolved Pokémon, Primal Groudon, Primal Kyogre, serta semua 719 Pokémon yang muncul sehingga Pokémon Omega Ruby dan Pokémon Alpha Sapphire . Ia memaparkan dunia mainan. Mulakan pengembaraan ke pelbagai kawasan menggunakan belon udara panas. Ke mana anda boleh pergi bergantung pada jenis balon yang anda gunakan, dan anda boleh mendapatkan belon baru menggunakan item yang dipanggil Poké Diamonds, yang memperluaskan kawasan yang anda boleh teroka dan juga Pokémon yang anda boleh kumpulkan. Sebagai tambahan untuk mendapatkan belon baru, Poké Diamonds boleh digunakan untuk menaiktaraf permainan anda dan boleh diperoleh secara percuma dengan melepasi tahap, menggunakan StreetPass, dan juga boleh dibeli dari kedai-kedai di bandar-bandar istana serta eShop Nintendo.

Butiran Permainan
Release Date 2015/08/08
Genre Action
Platform Nintendo 3DS
Players 1