Filem

Pokémon the Movie: Hoopa and the Clash of Ages

  • Facebook
  • Twitter

STORY

Apabila Ash, Pikachu dan kawan-kawannya melawat bandar padang pasir di tepi laut, mereka bertemu dengan Mythical Pokémon Hoopa, yang mempunyai keupayaan untuk memanggil benda termasuk orang dan Pokémon melalui cincin sihirnya. Selepas kejadian yang menakutkan, mereka belajar mengenai kisah tentang seorang wira berani yang berjaya menghentikan amukkan Pokémon yang dahsyat dahulu. Sekarang, ancaman yang telah dilenyapkan selama bertahun-tahun dibongkarkan lagi! Bolehkah Ash membantu kawan barunya mengatasi kegelapan yang menyelubungi...atau adakah rahsia merbahaya akan terbongkar dan menyebabkan berlakunya pertembungan lagenda?

CHARACTER

Hoopa (terkurung)

Mythical Pokémon yang suka bergurau dan donat. Ia boleh membuat pelbagai objek 「Alé Hoopa ring」 dari cincin misteri.

Hoopa (Tidak terkawal)

Bentuk sebenar Hoopa. Ia dikurung di dalam Prison Bottle kerana mengamuk 100 tahun yang lalu.

Arceus

Legendary Pokémon yang dikatakan telah mencipta dunia.

Lugia

Legendary Pokémon dikatakan sebagai dewa laut.

Latias

Legendary Pokémon yang menjadi mangsa Hoop 「Alé Hoopa ring」. Mereka bertarung bersama Ash dan kawan-kawan.

Latios

Legendary Pokémon yang menjadi mangsa Hoop 「Alé Hoopa ring」. Mereka bertarung bersama Ash dan kawan-kawan.

Kyogre

Legendary Pokémon yang menjadi mangsa Hoop 「Alé Hoopa ring」. Dikatakan bahawa Kyogre adalah penjelmaan laut, dan Groudon penjelmaan tanah.

Groudon

Legendary Pokémon yang menjadi mangsa Hoop 「Alé Hoopa ring」. Dikatakan bahawa Kyogre adalah penjelmaan laut, dan Groudon penjelmaan tanah.

Shiny Rayquaza

Legendary Pokémon yang terletak jauh di atas bumi di lapisan ozon. Ia berbeza pada segi warna daripada Raquaza biasa.

Dialga

Dialga adalah Pokémon yang dikatakan sebagai dewa yang mengawal masa.

Palkia

Palkia adalah Pokémon yang dikatakan sebagai dewa yang mengawal ruang.

Regigigas

Legendary Pokémon yang menjadi mangsa Hoop 「Alé Hoopa ring」. Ia terus mengamuk di bandar.

Giratina

Legendary Pokémon yang tinggal di Reverse World.

Reshiram

Reshiram dan Zekrom adalah Legendary Pokémon yang diceritakan dalam legenda heroik yang diturunkan di daerah Unova.

Zekrom

Reshiram and Zekrom are the Legendary Pokémon told of in the heroic legends handed down in the Unova region.

Kyurem

Pokémon jenis Naga yang kuat dengan kuasa gabungan Reshiram dan Zekrom. Ia menjana udara yang sangat sejuk dari tubuhnya.

Ash

Seorang budak lelaki yang berimpian untuk menjadi seorang Pokémon Master yang memulakan perjalanannya bersama Pikachu.

Partner Pokémon
  • Pikachu
  • Frogadier
Serena

Seorang gadis yang suka fesyen dalam pergembaraannya bersama Ash dan kawan-kawan bagi memenangi Pokémon Showcase.

Partner Pokémon
  • Braixen
  • Pancham
Clemont

Ketua Gim lelaki. Dia adalah pencipta yang baik, dan telah melengkapkan beg sandangnya dengan bangga dan seronok, Aipom Arm.

Bonnie

Adik perempuan Clemont. Dia mencari isteri untuk Clemont. Dia seorang gadis yang tegas.

Partner Pokémon
  • Chespin
  • Dedenne
Team Rocket

Organisasi jahat yang diketuai oleh Giovanni untuk menakluk dunia. Jessie, James dan Meowth dalam Team Rocket berusaha untuk menangkap Pikachu kepunyaan Ash.

Partner Pokémon
  • Wobbuffet
Traveler

Baraz dan moyang lelaki Meray, yang menyembunyikan Hoopa dalam Prison Bottle 100 tahun lalu.

Baraz

Seorang budak lelaki yang membesar dengan Hoopa. Abang Meray. Dia menemui Prison Bottle di padang pasir dan kini memilikinya.

Partner Pokémon
  • Braviary
  • Solrock
Meray

Seorang gadis yang menjaga Hoopa. Adik perempuan Baraz. Dia bertembung dengan Ash dan kawan-kawan dan pergi bersama mereka.

Pokémon: Pikachu and the Pokémon Music Squad

Korus Pokémon pertama di dunia!! Semua Pokémon telah berkumpul untuk mempersembahkan keharmonian yang sempurna! Bolehkah Pikachu dan kawan-kawan dapat melalui persembahan mereka baik-baik saja?

©1997 Nintendo, Creatures, GAME FREAK, TV Tokyo, ShoPro, JR Kikaku. 
©Pokémon.  
©2017 PIKACHU PROJECT.