Filem

Jirachi: Wish Maker

  • Facebook
  • Twitter

STORY

Millennium Comet akan membuat penampilannya di atas langit sekali lagi yang sudah lama ditunggu-tunggu, kononnya melaksanakan permintaan semua orang yang melihatnya. Sudah tentu, Ash dan kawan-kawan berminat untuk menyertai Millennium Festival, terutama sekali ketika mereka menghadiri persembahan magik oleh Great Butler. Malah, yang lebih menarik lagi adalah kepompong misteri dalam pemilikan Butler di mana Max mendengar suara yang misteri memanggilnya! Apabila Jirachi muncul dari tidurnya, Max mempunyai kawan baru tetapi malangnya hanya untuk beberapa hari yang singkat sahaja ketika Millenium Comet muncul di langit.

Max kuatir untuk memanfaatkan waktunya dengan kawan barunya tetapi Great Butler mempunyai rancangannya tersendiri untuk Jirachi, yang tidak begitu mesra. Dia mahu menghidupkan semula lagenda Groudon, dan Jirachi mungkin dapat melaksanakan permintaannya itu.

Mampukah Max, Ash, May dan Brock menghalang Butler dan menyelamatkan Jirachi sebelum Groudon muncul semula bagi melakukan kemusnahan di atas bumi?

CHARACTER

Jirachi

Pokémon yang memberi dan menyampaikan hajat manusia dan hanya terjaga sekali dalam 1,000 tahun untuk tempoh 7 hari sahaja. Walaupun ia biasanya tersembunyi dan dibalut oleh kepompong misteri, ia mendedahkan dirinya apabila bereaksi terhadap keinginan kanak-kanak yang ikhlas dan jujur.

Absol

Pokémon yang muncul apabila bencana berlaku.

Flygon

Berjuang dengan beraninya bersama Ash dan kawan-kawan di kampung halaman Jirachi, Forina.

Meta Groudon

Butler yang dibangkitkan dengan tenaga dari Millennium Comet tetapi sebenarnya berbeza dari Groudon.

Ash

Seorang budak lelaki yang berimpian untuk menjadi seorang Pokémon Master yang memulakan perjalanannya bersama Pikachu.

Partner Pokémon
  • Pikachu
  • Corphish
  • Taillow
  • Treecko
May

Kakak kepada Max yang memutuskan untuk pergi mengembara dengan Ash dan kawan-kawan untuk menjadi Top Coordinator.

Partner Pokémon
  • Beautifly
  • Torchic
Max

Adik lelaki May Dia berimpian untuk menjadi ketua gim seperti bapanya, Norman.

Brock

Bekas Ketua Gim bagi Gim Pewter dan dilahirkan di daerah Kanto. Dia sangat berpengetahuan tentang Pokémon dan seorang tukang masak yang bagus.

Partner Pokémon
  • Forretress
  • Lotad
  • Mudkip
Team Rocket

Organisasi jahat yang diketuai oleh Giovanni untuk menakluk dunia. Jessie, James dan Meowth dalam Team Rocket berusaha untuk menangkap Pikachu kepunyaan Ash.

Partner Pokémon
  • Wobbuffet
Butler

Pernah menjadi saintis dengan pasukan jahat Team Magma yang mengkaji kebangkitan Legendary Pokémon Groudon, dan dibuang dari organisasi kerana kegagalan eksperimen yang lepas. Dia kini sedang mengeliling dengan kekasihnya, Diane, sebagai seorang penyihir yang mengembara Great Butler.

Partner Pokémon
  • Dusclops
  • Kirlia
  • Mightyena
  • Salamence
Diane

Kawan zaman kecil dengan kekasihnya, Butler, dan juga pembantu ahli silap mata. Dia mengikuti Butler, yang menyimpan balas dendam yang mendalam terhadap Team Magma, sekitar.

Pokémon: Gotta Dance!!

Meowth bertanggungjawab ke atas Team Rocket Secret Base, tempat misteri yang dipenuhi dengan gajet dan alatan yang ganjil. Terdesak untuk membanggakan bosnya, Meowth ingin menggunakan Dancing Pokébaton iaitu sebuah peranti yang membolehkan pengguna mengawal Pokémon sesuka hati mereka—bagi membuat persembahan yang mengagumkan. Sementara itu, Pikachu dan kawan-kawannya selesai bermain di hutan dan tersadung di pangkalan. Kumpulan itu terdengar Whismur, Whisper Pokémon menangis meminta membantu tetapi apabila mereka cuba menyelamatkannya, Dancing Pokébaton telah pun muncul dan membuatkan seluruh kumpulan itu menari dalam kegilaan! Apabila Loudred, si pencinta bunyi dan Ludicolo terjebak dalam tarian tersebut, keadaan menjadi lebih liar! Apa yang akan berlaku kepada Secret Base Meowth yang berharga itu?

©1997 Nintendo, Creatures, GAME FREAK, TV Tokyo, ShoPro, JR Kikaku. 
©Pokémon.  
©2017 PIKACHU PROJECT.