Filem

Pokémon: Destiny Deoxys

  • Facebook
  • Twitter

STORY

Bandar Larousse yang berteknologi tinggi adalah tempat yang cukup menarik untuk dilawati dan juga menarik untuk Pokémon Battle! Ash menuju ke Menara Peperangan yang terkenal tetapi ia tidak berlaku seperti yang diharapkannya apabila pasangan pertempurannya itu merupakan seorang budak lelaki yang penakut bernama Tory. Kisah silam Tory sewaktu kanak-kanak yang seram menyebabkan dia takut dengan semua Pokémon walaupun yang comel seperti Pikachu!

Terdapat banyak lagi perkara yang perlu ditakutkan apabila Deoxys muncul dan mengambil alih bandar, mematikan mesin dan mengambil semua tawanan. Namun, terdapat seekor Pokémon yang tidak endahkan semua ini iatu Lagenda Rayquaza, dan ia akan melakukan apa sahaja bagi menghapuskan penceroboh dari wilayah ini! Sementara itu, Ash, Tory dan kesemua kawan mereka mungkin telah ditangkap tetapi mereka pasti tidak akan berganjak dari pertarungan ini!

CHARACTER

Deoxys

Pokémon yang dikatakan berasal dari luar angkasa dan mampu mengubah bentuknya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Persaingan hebat dengan Rayquaza seperti yang dilihat dari pertempuran mereka yang sering sengit.

Rayquaza

Legendary Pokémon yang hidup di lapisan ozon dan turun dari langit ketika Deoxys muncul.

Munchlax

Pokémon dengan selera makan yang kuat dan makan apa sahaja, memakan semua makanan Brock yang dimasak untuk Tory dan kawan-kawan.

Plusle and Minun

Pokémon nakal yang tinggal di Bandar Larousse yang suka bermain dengan tong sampah berteknologi tinggi.

Ash

Seorang budak lelaki yang berimpian untuk menjadi seorang Pokémon Master yang memulakan perjalanannya bersama Pikachu.

Partner Pokémon
  • Pikachu
  • Corphish
  • Grovyle
  • Swellow
  • Torkoal
May

Kakak kepada Max yang memutuskan untuk pergi mengembara dengan Ash dan kawan-kawan untuk menjadi Top Coordinator.

Partner Pokémon
  • Beautifly
  • Bulbasaur
  • Combusken
  • Skitty
Max

Adik lelaki May Dia berimpian untuk menjadi ketua gim seperti bapanya, Norman.

Brock

Bekas Ketua Gim bagi Gim Pewter dan dilahirkan di daerah Kanto. Dia sangat berpengetahuan tentang Pokémon dan seorang tukang masak yang bagus.

Partner Pokémon
  • Forretress
  • Lombre
  • Mudkip
Team Rocket

Organisasi jahat yang diketuai oleh Giovanni untuk menakluk dunia. Jessie, James dan Meowth dalam Team Rocket berusaha untuk menangkap Pikachu kepunyaan Ash.

Tory

Hanya anak lelaki Profesor Lund yang menjadi introvert dan buruk dalam berinteraksi dengan Pokémon sejak beberapa peristiwa semasa penyelidikan di padang ais dengan Profesor Lund 4 tahun lalu. Dia mengembara bersama Ash dan Pikachu selepas berkawan dengan mereka di Bandar Larousse.

Professor Lund

Seorang saintis berkhidmat sebagai Ketua Pegawai di kemudahan penyelidikan berteknologi tinggi di Bandar Larousse. Dia mengembangkan minat yang kuat dalam ekologi Pokémon sejak dia bertembung Deoxys bersama dengan meteorit yang melanda ketika dia melakukan penyelidikannya di lapangan ais 4 tahun yang lalu.

©1997 Nintendo, Creatures, GAME FREAK, TV Tokyo, ShoPro, JR Kikaku. 
©Pokémon.  
©2017 PIKACHU PROJECT.