Filem

Pokémon the Movie: Minna no Monogatari akan ditayangkan pada musim panas ini di Jepun!

  • Facebook
  • Twitter
asia_PM21th_Mainpos_0220_RGB.png

Sekali lagi, filem baharu Pokémon akan ditayangkan pada musim panas di Jepun tahun ini!

Filem kali ini mengisahkan tentang...

Penduduk di Bandar Fura hidup dengan aman damai bersama-sama angin. Di sini, Pesta Angin diadakan sekali setiap tahun. Legenda menceritakan tentang Pokémon Legenda Lugia yang akan muncul pada hari terakhir pesta dan membawa bersamanya angin yang diberkati. Jadi penduduk bandar pun berkumpul untuk meraikan pesta tersebut dengan hati yang penuh harapan dan impian....

Risa, gadis yang baru sahaja mengenali Pokémon.
Kagachi, yang selalu bercakap besar dan bercerita tentang cerita-cerita karut.
Hisui, perempuan tua aneh yang bencikan Pokémon.
Torito, seorang penyelidik yang kurang keyakinan diri.
Rarugo, gadis misteri yang tinggal sendirian di dalam hutan.

Ash dan Pikachu akan bertembung dengan mereka semua.

Persahabatan di antara manusia dan Pokémon akan melahirkan suatu keajaiban...

Pokémon Mitos Zeraora juga akan muncul!

*Nama-nama karakter mengikut transliterasi dari Bahasa Jepun

PM21_01.png
PM21_02.png
PM21_MC03.png
PM21_MC04.png
PM21_MC05.png
PM21_01.png
PM21_02.png
PM21_MC03.png
PM21_MC04.png
PM21_MC05.png
URL Pokémon Mistikal Zeraora
  • Facebook
  • Twitter