Syarat Penggunaan

Penggunaan laman rasmi Pokémon Asia

Laman rasmi Pokémon Asia adalah laman web yang didedikasikan untuk kegunaan domestik di Malaysia dan menyebarkan maklumat yang berkaitan dengan Pokémon di dalam Malaysia sahaja. Fahami ini sekiranya anda mengakses laman web ini dari luar negara.

  1. 1. Hak Cipta

    Hak cipta dan hak pelesenan untuk semua isi kandungan ("Data") di laman web ini, termasuk reka bentuk, gambar, imej, teks, muzik, dan rakaman, adalah merupakan hak milik The Pokémon Company ("Syarikat"). Isi kandungan laman ini dilesenkan untuk kegunaan peribadi sahaja dan hak cipta tidak boleh dipindahkan kepada individu atau korperasi lain. Anda tidak boleh menyalin, mereplikasi, mengubah suai, menerbitkan, menyiarkan, menghantar, atau mengedarkan Data dari laman web ini. Di samping itu, Data ini tidak boleh digunakan di rangkaian awam lain, seperti di Internet.

  2. 2. Kenyataan

    Walaupun Syarikat mengendalikan laman web ini pada setiap masa, ini tidak menjamin ketepatan dan integriti maklumat atau tindakan yang diambil. Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kesulitan atau musibah ke atas pelanggan melalui penggunaan laman web ini, mahupun masalah yang timbul disebabkan oleh ketidakupayaan pelanggan mengakses laman web ini.

    Di samping itu, Syarikat tidak bertanggungjawab di atas masalah perisian, hardware, ataupun sebarang kerosakan lain yang mungkin timbul daripada penggunaan laman web ini. Harus diperingati bahawa maklumat yang dipaparkan di laman web ini adalah berdasarkan apa yang diperolehi pada masa/waktu tersebut. Harus diperingati juga bahawa laman web ini mungkin menyiarkan maklumat yang berbeza dari kenyataan yang diberikan, dan mungkin juga mengandungi maklumat mengenai produk yang telah habis stok atau produk & perkhidmatan yang ada di luar negara sahaja.

  3. 3. Pautan

    Pautan ke laman web luar yang mempunyai kandungan yang melanggar hak cipta atau merosakkan imej karakter adalah dilarang sama sekali. Sila elakkan dari mereplikasi hasil kerja atau kandungan yang mempunyai hak milik yang disiarkan di laman web ini, ataupun menggunakannya sebagai tetapan pautan. Bahan untuk pautan juga tidak disediakan, jadi sila gunakan pautan di dalam bentuk teks.