Pokémon the Series: The Beginning
STORY
Ianya merupakan hari jadi yang kesepuluh bagi Ash Ketchum dan dia telah bersedia melakukan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak yang seusia dengannya di Daerah Kanto iaitu menjadi seorang Pelatih Pokémon. Namun, ianya tidak seperti yang dirancangkannya apabila dia berakhir dengan Pikachu dan bukan Pokémon yang biasa dan memenangi Lencana Gim menjadi lebih sukar daripada apa yang difikirkannya. Nasib menyebelahinya apabila bekas Ketua Gim, Brock dan juga Misty berada disisinya bersama-sama dengan kawan baru Pokémon termasuk Bulbasaur, Squirtle dan Charmander.
POINT
Pertemuan dengan Pikachu
Pikachu adalah pasangan terbaik Ash. Walaubagaimanapun, pertemuan pertama mereka tidaklah begitu baik. Namun, pada masa yang tertentu membolehkan mereka menguatkan lagi ikatan persahabatan mereka.
Pokédeks
Buku gambar dengan maklumat mengenai Pokémon yang memberikan penjelasan tentang ciri-ciri Pokémon yang ditemui.
Tangkap Pokémon
Pokémon liar boleh ditangkap menggunakan Pokéball semasa pertempuran. Pertemuan dengan Pokémon berkilat amat jarang sekali berlaku.
Pokémon Battle
Pertempuran di antara satu Pokémon dengan Pokémon liar mahupun dengan Pokémon pelatih yang lain. Pokémon liar boleh ditangkap menggunakan Pokéball.
Gim Pokémon
Kemudahan pertempuran untuk Pokémon yang wujud di setiap daerah dengan ketua gim yang dilantik pada setiap gim. Mereka yang menang melawan ketua gim dengan keupayaan mereka akan diberikan lencana gim.
Evolusi Pokémon
Perubahan bentuk Pokémon dan meningkatkan kuasanya. Evolusi berganda kadang-kala berlaku.
Menawarkan perpisahan dengan Pokémon
Ada kalanya perpisahan dengan Pokémon adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ia amatlah menyakitkan hati untuk mengucapkan selamat tinggal dengan Pokémon yang telah bersama anda dalam beberapa perjalanan dan berjuang dalam beberapa pertempuran bersama-sama dengannya.
Telur Pokémon
Telur Pokémon membuatkan orang yang pertama kali melihatnya menetas menjadi beremosi. Terdapat juga 'Pokémon Day Care' yang berperanan untuk menjaga dan memelihara telur.
Rakan Pokémon di Wilayah Kanto
Pikachu / Bulbasaur / Charizard / Muk / Pidgeotto/ Squirtle
Goldeen / Horsea / Psyduck / Starmie / Staryu / Togepi
Geodude / Onix / Vulpix / Zubat
Rakan Pokémon di Pulau Orange
Pikachu / Bulbasaur / Charizard / Lapras / Snorlax / Squirtle
Goldeen / Poliwag / Psyduck / Staryu / Togepi
Rakan Pokémon di Wilayah Johto
Pikachu / Bayleef / Cyndaquil / Phanpy / Totodile
Corsola / Goldeen / Politoed / Psyduck / Staryu / Togepi
Crobat / Forretress / Geodude / Onix