Apa Itu Pokémon?

Makhluk Misteri Yang Anda Tangkap Menggunakan Pokéball

Pokémon adalah makhluk misteri yang dipenuhi dengan banyak rahsia. Sesetengah Pokémon hidup bersama dengan manusia dan ada yang hidup liar di padang rumput, gua, atau lautan, tetapi banyak mengenai ekologi mereka yang masih tidak diketahui. Salah satu ciri utama mereka ialah mereka boleh ditangkap menggunakan Pokéball, yang membolehkan mereka untuk dibawa bersama.

Berapa banyak jenis Pokémon yang ada?

Hanya berapa jenis Pokémon yang wujud? Nombor yang tepat adalah tidak diketahui. Walaupun lebih daripada 1000 jenis Pokémon telah disahkan, Pokémon yang masih belum dijumpai pasti akan diterokai pada masa yang akan datang.

  • Bulbasaur
    Bulbasaur
  • Charmander
    Charmander
  • Squirtle
    Squirtle

Pokémon menjadi lebih kuat menerusi pertempuran

Pokémon berevolusi dengan menaikkan tahap. Sebagai contoh, dalam kes Pidgey:

  • Pidgey
    Pidgey
  • Pidgeotto
    Pidgeotto
  • Pidgeot
    Pidgeot

Pokémon belajar pelbagai pergerakan yang kemudiannya boleh digunakan dalam pertempuran. Pokémon menjadi lebih kuat dan naik tahap menerusi pertempuran. Sesetengah Pokémon bukan hanya naik tahap, tetapi juga berevolusi.

Terdapat banyak jenis Pokémon

Pokémon dikelaskan kepada 18 jenis berdasarkan ciri-ciri mereka. Sebagai contoh, Pikachu adalah Pokémon jenis Elektrik dan Magickarp adalah jenis Air. Terdapat beberapa Pokémon yang tergolong kepada dua jenis, seperti Jigglypuff, yang mana kedua-duanya adalah Biasa dan Pari-pari. Setiap jenis mempunyai gabungan khas yang mempunyai kesan besar terhadap pertempuran. Jika Pokémon pihak lawan anda mempunyai jenis gabungan yang tepat, ia boleh menjadi kelebihan yang besar dalam pertempuran.

  • Pikachu
    Pikachu
  • Magikarp
    Magikarp
  • Jigglypuff
    Jigglypuff

Siri Animasi TV dan filem

Walaupun tetap setia terhadap permainan video yang asal, siri Animasi TV Pokémon meneroka bentuk penceritaan unik yang baru kepada Siri Animasi TV. Pokémon yang pemain sudah terbiasa hidup kembali dalam cerita penuh dengan perjalanan, senyuman, dan malah juga air mata.

Siri Animasi TV pertama kali disiarkan di Jepun pada bulan April 1997, dan kini menjadi siri penyiaran yang panjang di seluruh dunia.

Filem direka bagi dinikmati oleh kanak-kanak dan orang dewasa dan terjalin dengan tema keluarga, kehidupan, dan menjaga alam sekitar.

Siri Animasi TV dan filem

Permainan Video Pokémon

Apa yang membezakan Pokémon dari permainan yang lain adalah sehingga satu tahap dimana pemain boleh menukar Pokémon antara versi permainan yang berbeza.

Pemain cuba untuk melengkapkan Pokédex dalam permainan. Beberapa Pokémon sukar untuk ditangkap, dan beberapa yang jarang dijumpai hanya muncul dalam versi permainan yang tertentu sahaja.

Permainan ini direka supaya pemain bekerjasama dengan rakan dan keluarga yang bermain Pokémon untuk menangkap Pokémon yang mereka tidak dapat menangkap sendirian. Semakin banyak orang yang bermain bersama, jadi semakin seronok. Sebuah kelompok dagangan Pokémon yang kecil akan berkembang menjadi kelompok yang besar.

Permainan Video Pokémon

Permainan Kad Dagangan Pokémon

Permainan Kad Dagangan Pokémon memberi tumpuan kepada salah satu ciri permainan video Pokémon, Pertarungan Pokémon. Pemain boleh memilih dan menyusun kad mereka untuk pertempuran strategik. Satu lagi perkara yang dapat dinikmati adalah koleksi kad yang semakin berkembang.

Walaupun terdapat banyak perkara yang menyeronokkan tentang Permainan Kad Dagangan Pokémon, mungkin aspek yang paling menarik adalah bahawa ia dimainkan orang lawan orang. Pemain boleh berbual, berdagang kad, dan menyertai pertandingan yang diadakan di pelbagai lokasi semasa bertempur, mewujudkan semua jenis kenangan ketika mereka bertemu orang melalui permainan kad.

Permainan Kad Dagangan Pokémon

Aplikasi Pokémon

Pokémon GO, yang telah menjadi kegilaan dunia, telah dibangunkan bersama Niantic, Inc..

Walaupun projek itu bermula sebagai jenaka April Fool, syarikat itu menyedari nilainya dan membawa permainan itu ke dunia nyata dengan syarikat Amerika yang berkongsi visi yang sama.

Ini membolehkan orang yang tidak tahu cara bermain Pokémon, dan juga untuk mewujudkan peluang untuk keluarga bagi mengenali Pokémon.

Permainan ini terus berkembang sehingga ke hari ini, dengan Pokémon baru dan ciri-ciri terbaru ditambah setiap masa.

Di samping itu, syarikat itu sedang membangunkan pelbagai permainan mudah alih yang baru, seperti Pokémon Duel, permainan papan yang membolehkan pemain bermain melawan kecerdasan buatan (AI), dan Pokémon Shuffle, permainan teka-teki yang dengan ikon Pokémon yang comel.

Pokémon berharapan tinggi pada evolusi teknologi maklumat, dan akan mencipta cara-cara bermain yang terbaru serta unik pada Pokémon yang akan menarik minat lebih ramai orang.

Aplikasi Pokémon

Masa Depan Pokémon

Dunia Pokémon sedang mengembangkan pelbagai kandungan yang berfungsi untuk merangsang perkembangan kandungan yang lain.

Sebagai contoh, menukar Pokémon yang dicipta dalam permainan menjadi kad yang memanfaatkan ciri-ciri mereka, kemudian menjadi karakter comel, berani untuk siri animasi, akan meluaskan lagi faktor tarikannya. Dengan cara ini, dunia Pokémon terus berkembang lebih mendalam dan berkembang menjadi sesuatu yang lebih menarik.

Masa Depan Pokémon