Siri Animasi TV

Pokémon: Diamond and Pearl

  • Facebook
  • Twitter

STORY

Jika Gary Oak menuju ke Daerah Sinnoh, maka Ash Ketchum tidak jauh di belakang! Bersedia untuk mengambil Sinnoh League, Ash membawa bersama Pikachu dan bertemu dengan Brock di Sinnoh, di mana pasangan Pelatih itu tidak lama lagi disertai oleh yang ketiga—Dawn, seorang Pokémon Coordinator yang baru bertekad untuk mengikuti jejak langkah ibunya. Kedua-dua Ash dan Dawn bergelut dengan laluan masing-masing, tetapi mudah bagi mereka untuk membuat kawan baru, mendapatkan Pokémon baru seperti Turtwig dan Piplup.

CHARACTER

Ash

Seorang budak lelaki yang berimpian untuk menjadi Pokémon Master. Walaupun Ash belum begitu mahir lagi, cintanya terhadap Pokémon melebihi orang lain dengan gandanya. Ash memulakan perjalanannya dari Bandar Pallet sebagai Pelatih bersama Pikachu yang diterimanya dari Profesor Oak.

Partner Pokémon
  • Pikachu
  • Buizel
  • Gible
  • Infernape
  • Staraptor
  • Torterra
Pikachu

Pokémon yang diterima Ash dari Profesor Oak pada hari pertama perjalanannya sebagai Pelatih. Pada mulanya, Pikachu tidak serasi sama sekali dengan Ash. Selepas melalui beberapa perjalanan, mereka menjadi pasangan yang terbaik dan paling kuat.

Dawn

Pokémon yang diterima Ash dari Profesor Oak pada hari pertama perjalanannya sebagai Pelatih. Pada mulanya, Pikachu tidak serasi sama sekali dengan Ash. Selepas melalui beberapa perjalanan, mereka menjadi pasangan yang terbaik dan paling kuat.

Partner Pokémon
  • Buneary
  • Cyndaquil
  • Mamoswine
  • Pachirisu
  • Piplup
  • Togekiss
Brock

Brock dilantik sebagai Ketua Gim bagi Gim Pewter. Dia memutuskan untuk memulakan perjalanan apabila bertemu Ash. Brock suka Pokémon dan lebih suka membesarkan mereka daripada melawan mereka. Dia berimpian untuk menjadi Pokémon Breeder yang membesarkan Pokémon.

Partner Pokémon
  • Croagunk
  • Happiny
  • Sudowoodo
Profesor Rowan

Senior Profesor Oak yang juga menyelidik tentang Pokémon sebagai seorang profesor di Daerah Sinnoh.

Paul

Hanya tertarik dengan Pokémon yang kuat dan apabila dia memutuskan bahawa Pokémon yang ditangkapnya adalah lemah, dia meninggalkan mereka. Walaupun dia memang seorang Pelatih Pokémon yang berkebolehan, dia sama sekali bertentangan dengan Ash dalam cara dia memikirkan dan melayan Pokémon.

Team Rocket

Organisasi jahat yang diketuai oleh Giovanni untuk menakluk dunia. Jessie, James dan Meowth dalam Team Rocket berusaha untuk menangkap Pikachu kepunyaan Ash.

Partner Pokémon
  • Wobbuffet

POINT

Pokédeks

Buku gambar dengan maklumat mengenai Pokémon yang memberikan penjelasan tentang ciri-ciri Pokémon yang ditemui.

Pokétch

Pokémon Watch dengan pelbagai fungsi yang dicipta oleh Pokétch Co. Ia juga dapat memberitahu tahap keterangkuman emosi Pokémon dengan Pelatihnya.

Top Coordinator

Suatu pertandingan berdasarkan sejauh mana langkah Pokémon dilaksanakan dalam Pertandingan Pokémon. Coordinator yang muncul juara di kalangan semua Pokémon Coordinator dalam pertandingan Pokémon.

Liga Pokémon

Liga Pokémon adalah Pokémon Battle yang diadakan di seluruh Dearah. Pemenang di pelbagai daerah berhak bersaing dalam Champion League. Sinnoh League akan diadakan di Lily Of The Valley Island.

Pokémon Hunter

Seorang wanita terkenal yang merupakan Pokémon Hunter dengan mesin khas dipasang pada lengan kirinya untuk menyerang dan menangkap Pokémon. Dia menangkap dan menjual Pokémon yang jarang ditemui pada nilai yang tinggi dan mengambil pesanan daripada pelanggan juga.

Team Galactic

Sebuah organisasi penjenayah yang aktif di daerah Sinnoh. Diketuai oleh Cyrus, mereka bertujuan untuk memadam dunia dan membina semula dunia yang baru dengan memanfaatkan kuasa Dialga dan Palkia.

Dialga dan Palkia

Dialga adalah Pokémon yang meledingkan masa dan Palkia mempunyai kemampuan untuk meledingkan ruang. Team Galactic merancang untuk memanfaatkan kuasa Dialga dan Palkia.