Pokémon: The First Movie

STORY
Perjalanan bermula dengan penampilan sulung Mewtwo, seekor Pokémon yang dihasilkan dari DNA Mew melalui teknik bio-kejuruteraan dan juga merupakan salah satu Pokémon yang paling jarang ditemui. Selepas melarikan diri dari makmal di mana ia dicipta, Mewtwo bertekad untuk membuktikan kehebatannya. Ia menarik perhatian para Pelatih yang berbakat untuk menyertai sebuah pertempuran Pokémon yang tidak pernah diadakan sebelum ini - dan sudah tentu, Ash dan kawan-kawannya turut menyahut cabaran tersebut!
Keseronokan Ash bertukar menjadi rasa takut dan marah apabila Mewtwo mendedahkan rancangannya untuk mengklon Pokémon wira-wira demi mengurangkan "ketidakseimbangan" di antara Pokémon dan Pelatih mereka. Walaupun dibantah oleh Ash, Mewtwo tidak mahu percaya bahawa Pokémon dan manusia boleh menjadi sahabat baik. Namun, apabila berhadapan dengan kesungguhan dan kesetiaan para Pelatih, Mewtwo mungkin perlu mempertimbangkan semula kepercayaannya... terutama sekali apabila ia terpaksa menangani kuasa misteri Mew!





Pikachu's Vacation
Pikachu dan kawan-kawannya telah memutuskan untuk menghabiskan percutian musim panas mereka di Pokémon Square, sebuah tempat bagi Pokémon untuk berkumpul dan berehat. Empat Pokémon datang untuk membuat raket dan mereka menuju ke Dataran. Bunyi bising yang sangat kuat telah mengejutkan Togep yang baru saja tidur! Pikachu dan kawan-kawannya cuba untuk mencari empat Pokémon yang membuat bising itu—Raichu, Cubone, Snubbull, dan Marill untuk memintak mereka agar tidak membuat bising tetapi segalanya berubah dari situ! Squirtle terpaksa berhadapan dengan Marill, manakala Pikachu berhadapan dengan Raichu dalam pertempuran yang sengit. Charizard mendapati dirinya terjerumus di dalam huru hara tersebut dan berakhir dengan kepalanya tersekat dalam paip!
Muzikal fantasi ini penuh dengan nilai persahabatan, kemesraan dan watak-watak yang disayangi yang menjadikan Pikachu dan kawan-kawannya sangat istimewa!




©Pokémon.
©2017 PIKACHU PROJECT.