Filem

Pokémon: The Rise of Darkrai

  • Facebook
  • Twitter

STORY

Ash mungkin merasakan dia tahu segalanya mengenai Pokémon tetapi adakah dia sudah bersedia menghadapi Darkrai yang misteri dalam pengembaraan yang paling hebat?

Semasa dalam perjalanan ke Pertandingan Pokémon, pengembaraan kita melalui Alamos Town, rumah kepada Menara Ruang Masa. Bersama Alice yang cantik, Ash dan kawan-kawannya menemui sesuatu yang menyebabkan berlakunya mimpi buruk yang dahsyat bagi Pokémon dan juga manusia! Baron Alberto, seorang kawan yang gagah tetapi sombong menyalahkan Darkrai atas peristiwa ini.

Seolah-olah dia hanya mendengar tuduhan yang dilemparkan, Darkrai muncul dan berhadapan dengan wira kita!

Siapakah sebenarnya Darkrai? Adakah dia kawan...atau musuh? Sebagaimana langit terkoyak di atas Alamos Town dan Pokémon Lagenda Dialga dan Palkia berjuang menerusi pergerakan dalam dimensi yang baru diwujudkan, pertempuran mereka yang mengancam akan membentuk lubang dalam konteks ruang dan masa! Adakah Ash dan kawan-kawannya dapat bertahan dalam pertempuran ini dan mempelajari sifat sebenar Darkrai?

CHARACTER

Dialga

Pokémon yang dipanggil dewa. Ia mengawal masa. Pertempuran sengit dengan Palkia terbentang antara ruang dan waktu.

Palkia

Pokémon yang dipanggil dewa. Ia mengawal ruang. Pertempuran yang sengit dengan Dialga terbentang ruang dan waktu.

Darkrai

Darkrai, yang muncul di taman Godey. Sama ada kawan atau musuh, identiti sebenar Pokémon ini tetap menjadi misteri.

Chimchar

Menggerakkan belon udara panas Alice dengan api sendiri.

Lickilicky

Pasangan setia Baron Alberto.

Infernape

Pelatih Pokemon pasangan Allegra yang baik. Mereka bertembung Ash dan kawan-kawan di dataran Alamos Town.

Empoleon

Pasangan Maury. Ia menyertai tentera Baron Alberto bersama Maury.

Torterra

Sebagai pasangan Kai. Bertempur dengan Pikachu di dataran.

Ash

Seorang budak lelaki yang berimpian untuk menjadi seorang Pokémon Master yang memulakan perjalanannya bersama Pikachu.

Partner Pokémon
  • Pikachu
  • Aipom
  • Staravia
  • Turtwig
Dawn

Pelatih Pokémon baru dari Twinleaf Town. Dipengaruhi oleh ibunya, Pokémon Coordinator yang terkenal, impiannya adalah untuk muncul dalam Pertandingan Pokémon.

Partner Pokémon
  • Buizel
  • Buneary
  • Pachirisu
  • Piplup
Brock

Bekas Ketua Gim bagi Gim Pewter dari Kanto. Dia berpengetahuan tentang Pokémon dan juga pandai memasak. Dia sedang dalam perjalanannya untuk menjadi seorang Pokémon Breeder.

Partner Pokémon
  • Croagunk
  • Happiny
  • Sudowoodo
Team Rocket

Organisasi jahat yang diketuai oleh Giovanni untuk menakluk dunia. Jessie, James dan Meowth dalam Team Rocket berusaha untuk menangkap Pikachu kepunyaan Ash.

Partner Pokémon
  • Wobbuffet
Tonio

Seorang saintis muda dengan aura kecerdasan. Makmalnya, dipenuhi dengan peralatan monitor dan eksperimen, berada di Space-Time Towers.

Partner Pokémon
  • Drifblim
Alice

Seorang wanita yang belajar muzik di Alamos Town. Melodi yang dia mainkan pada paip buluhnya mempunyai kuasa untuk menenangkan hati Pokémon.

Partner Pokémon
  • Chimchar
Baron Alberto

Seorang lelaki berkuasa di Alamos Town. Seorang lelaki kacak dengan aura kebanggaan. Dia cuba menjadikan Alice sebagai isteri idamannya.

Partner Pokémon
  • Lickilicky
Allegra

Pelatih Pokémon yang menggunakan Infernape apabila dia bertembung dengan Ash dan kawan-kawan di dataran Alamos Town. Seorang gadis bersemangat yang suka Pokémon Battle.

Partner Pokémon
  • Infernape
Kai

Pelatih Pokémon yang menggunakan Empoleon apabila dia bertembung dengan Ash dan kawan-kawan. Dia seorang lelaki yang berani, bersama Allegra dan Maury, bergabung dengan tentera Baron Alberto dan menghadapi Darkrai.

Partner Pokémon
  • Empoleon
Maury

Seorang pelatih lelaki yang menggunakan Torterra. Dia bertempur dengan Ash di dataran bandar.

Partner Pokémon
  • Torterra
©1997 Nintendo, Creatures, GAME FREAK, TV Tokyo, ShoPro, JR Kikaku. 
©Pokémon.  
©2017 PIKACHU PROJECT.