Filem

Arceus and the Jewel of Life

  • Facebook
  • Twitter

STORY

Bahagian terakhir dalam tiga filem ini mendedahkan bahawa Lagenda Arceus berada di tengah-tengah kekacauan yang baru di Dunia Pokémon. Pertama, pertempuran epik yang mengancam akan merobek lubang dalam konteks ruang dan masa berlaku antara Dialga dan Palkia. Kemudian Giratina, pembela tunggal Reverse World terpaksa mengambil tindakan bagi melindungi keseimbangan rumahnya dan dunia Pokémon yang tidak menentu. Sekarang, Bandar Michina berada pada aksi yang penting. Bandar ini mempunyai sejarah yang panjang dan masa lampau yang berkaitan dengan Arceus yang hebat selepas dia memberi penduduk bandar beberapa kuasa sebagai Jewel of Life, mereka mengkhianati Pokémon itu!

Ash dan kawan-kawannya yang diiringi oleh teman barunya, Sheena menuju ke dalam perjalanan masa dengan bantuan Dialga bagi membetulkan kesilapan nenek moyang di bandar sebelum dunia jatuh ke bawah kekuasaan Arceus. Adakah mereka dapat membetulkan kesilapan yang lalu? Apakah yang sebenarnya berlaku pada masa lalu? Adakah nenek moyang Sheena benar-benar mengkhianati Arceus? Saksikan keindahan trilogi yang menakjubkan ini apabila semua rahsia dua filem yang sebelumnya bakal diungkapkan!

CHARACTER

Arceus

Pokémon yang dipanggil dewa. Marah dengan pengkhianatan manusia, ia telah muncul di Michina bagi mengeluarkan penghakiman.

Dialga

Pokémon yang dipanggil dewa yang mengawal masa. Ia melindungi Michina dari serangan Arceus, dan menerbangkan Ash dan kawan-kawan ke masa lalu.

Palkia

Pokémon yang dipanggil dewa yang mengawal ruang. Ia melindungi Michina dari serangan Arceus.

Giratina

Pokémon yang hidup di Reverse World. Ia melindungi Michina dari serangan Arceus.

Spiky-eared Pichu

Bulu telinganya yang istimewa adalah trademark-nya. Seorang gadis yang agak bertenaga dan cepat matang. Dia masuk dan meninggalkan kuil dengan bebas, dan menyelamatkan Pikachu dan Ash.

Totodile

Memainkan peranan utama dengan Pikachu dan kawan-kawan di Michina.

Chikorita

Memainkan peranan utama dengan Pikachu dan kawan-kawan di Michina.

Cyndaquil

Memainkan peranan utama dengan Pikachu dan kawan-kawan di Michina.

Ash

Seorang budak lelaki yang berimpian untuk menjadi seorang Pokémon Master yang memulakan perjalanannya bersama Pikachu.

Partner Pokémon
  • Pikachu
  • Buizel
  • Gliscor
  • Grotle
  • Monferno
  • Staraptor
Dawn

Pelatih Pokémon baru dari Twinleaf Town. Dipengaruhi oleh ibunya, Pokémon Coordinator yang terkenal, impiannya adalah untuk muncul dalam Pertandingan Pokémon.

Partner Pokémon
  • Buneary
  • Mamoswine
  • Pachirisu
  • Piplup
Brock

Bekas Ketua Gim bagi Gim Pewter dari Kanto. Dia berpengetahuan tentang Pokémon dan juga pandai memasak. Dia sedang dalam perjalanannya untuk menjadi seorang Pokémon Breeder.

Partner Pokémon
  • Groagunk
  • Happiny
  • Sudowoodo
Team Rocket

Organisasi jahat yang diketuai oleh Giovanni untuk menakluk dunia. Jessie, James dan Meowth dalam Team Rocket berusaha untuk menangkap Pikachu kepunyaan Ash.

Partner Pokémon
  • Wobbuffet
Sheena

Seorang penjaga runtuhan. Dia boleh membaca minda Pokémon.

Damos

Beribu-ribu tahun yang lalu, dia menyelamatkan nyawa Arceus dan menerima Jewel of Life.

Marcus

Pembantu Damos. Dia diikuti oleh Heatran dan Bronzong.

Partner Pokémon
  • Bronzong
  • Heatran
©1997 Nintendo, Creatures, GAME FREAK, TV Tokyo, ShoPro, JR Kikaku. 
©Pokémon.  
©2017 PIKACHU PROJECT.