Filem

Pokémon the Movie: White—Victini and Zekrom
Pokémon the Movie: Black—Victini and Reshiram

  • Facebook
  • Twitter

STORY

Semasa dalam perjalanan mereka melalui daerah Unova, Ash dan kawannya Iris dan Cilan tiba di Bandar Eindoak, ianya dibina di sekitar istana yang dipanggil Sword of the Vale. Tiga Pelatih telah bersaing dalam pertandingan pertempuran tahunan di bandar itu dan Ash berjaya menang dengan beberapa bantuan yang tidak dijangka dari Mythical Pokémon Victini! Ternyata Victini memiliki hubungan yang khusus dengan tempat ini...

Pada masa dahulu, istana itu mengawasi Kingdom of the Vale dan perkongsian antara Victini dan raja yang melindungi orang-orang yang tinggal di situ. Tetapi kerajaan itu telah hilang dalam ingatan, meninggalkan peninggalan yang kuat dan Pokémon kuno. Damon, keturunan People of the Vale, berusaha untuk memulihkan kerajaan yang hilang dengan bantuan Reuniclusnya. Usaha pencariannya itu telah membawa dia ke tempat paling jauh dari padang pasir dan dia telah meyakinkan Pokémon Lagenda Reshiram untuk bergabung dengannya!

Damon merancang untuk memerangkap Victini dan mengunakan kuasanya dan apabila rancangannya itu berjalan dengan lancar, seluruh bandar Eindoak akan menghadapi bencana! Adakah kuasa unggul Ash meyakinkan Pokémon Lagenda Zekrom untuk membantu menghentikan Damon? Bolehkah mereka menyelamatkan Victini? Pengembaraan terbesar dalam sejarah Pokémon semakin hampir!

CHARACTER

Victini

Mythical Pokémon yang Ash dan kawan-kawan bertembung di Eindoak. Ia adalah pengecut dan biasanya bersembunyi, tetapi dikatakan bahawa ia secara rahsia memberikan kuasa misteri kepada orang dan Pokémon yang disukainya. Ia suka macarons.

Zekrom

Legendary Pokémon. Ia mendedahkan dirinya apabila ia mengenali seseorang yang mempunyai hati untuk mengejar cita-cita mereka.

Reshiram

Legendary Pokémon. Ia mendedahkan diri apabila ia mengenali seseorang yang mempunyai hati untuk mengejar kebenaran.

Golurk

Pokémon Juanita. Ia membantu di kedai cenderamata yang Juanita jalankan.

Hydreigon

Pokémon Carlita. Adakah ia memainkan peranan utama di Pertandingan Harvest Festival Battle!?

Reuniclus

Pasangan Pokémon Damon. Ia mengembara di padang gurun bersama Damon.

Gothitelle

Pasangan Pokémon Damon. Ia mengembara di padang ais bersama Damon.

Ash

Seorang budak lelaki yang berimpian untuk menjadi seorang Pokémon Master yang memulakan perjalanannya bersama Pikachu.

Partner Pokémon
  • Pikachu
  • Oshawott
  • Scraggy
  • Tepig
Iris

Seorang gadis yang bersemangat, bertenaga yang mengembara bersama Ash dan kawan-kawan dalam usaha untuk menjadi Master Naga. Pasangan Pokémon dia adalah Axew. Dia mempunyai tabiat mengatakan, “Kids ...”

Partner Pokémon
  • Axew
  • Emolga
  • Excadrill
Cilan

Ketua Gim bagi Gim Striaton dan Pokémon Connoisseur yang sah yang menganalisa persamaan antara pelatih dan Pokémon. Pelbagai jenis minatnya termasuk kereta bawah tanah, memancing, dan menonton filem.

Partner Pokémon
  • Pansage
Team Rocket

Organisasi jahat yang diketuai oleh Giovanni untuk menakluk dunia. Jessie, James dan Meowth dalam Team Rocket berusaha untuk menangkap Pikachu kepunyaan Ash.

Damon

Seorang berketurunan People of the Vale. Berharap untuk memulihkan Kingdom of the Vale, ia sedang dalam perjalanan mencari People of the Vale yang bertaburan di setiap daerah.

Partner Pokémon
  • Sigilyph
  • Reuniclus
  • Gothitelle
Carlita

Kakak Damon. Tinggal di Eindoak. Dia menyertai Pertandingan Harvest Festival Battle. Dia menggunakan Hydreigon.

Partner Pokémon
  • Hydreigon
©1997 Nintendo, Creatures, GAME FREAK, TV Tokyo, ShoPro, JR Kikaku. 
©Pokémon.  
©2017 PIKACHU PROJECT.