Filem

Pokémon the Movie 2000

  • Facebook
  • Twitter

STORY

Ash dan kawan-kawannya sedang dalam perjalanan mereka melalui Pulau Oren namun walaupun rantaian pulau-pulau yang kelihatan tenang di sepanjang perairan jauh di selatan Kanto, ia terkandung misteri, pengembaraan dan Pokémon lagenda yang tersendiri! Lawrence III sudah mengetahui mengenai pulau-pulau dan Pokémon lagenda yang tersembunyi di dalamnya. Dia kini menuju ke pulau-pulau tersebut unutk menangkap tiga burung Lagenda—Moltres, Articuno, dan Zapdos. Tetapi walaupun dengan kesemua kuasa mereka, ketiga-tiga itu hanyalah batu loncatan bagi hadiah yang lebih besar: Lugia, si penjaga laut!

Sudah tentu Ash tidak menyedari semua ini apabila dia tiba di destinasi yang ditujui. Penduduk pulau mempunyai rancangan yang besar walaupun tidaklah terlalu jahat untuknya - mereka mahukan dia untuk mengambil bahagian dalam upacara bagi mengumpulkan tiga bola elemen dari pulau-pulau yang berlainan. Apabila dunia mengalami cuaca yang tidak menentu di sebabkan oleh penangkapan burung Lagenda yang telah menghancurkan alam sekitar, misinya kini telah bertukar. Dengan bantuan Lugia, dapatkah Ash menjadi "Yang Terpilih" yang dinginkan oleh semua?

CHARACTER

Lugia

Mythical Pokémon yang muncul ketika dunia berubah menjadi bencana. Hidup di dalam laut berhampiran Shamouti Island, ia juga dikenali sebagai penjaga air yang hebat.

Moltres

Pokémon khas yang dikenali sebagai dewa api dan pertama kali ditangkap oleh Lawrence III yang membawa kepada gangguan dalam keseimbangan alam.

Zapdos

Pokémon khas yang dikenali sebagai dewa guruh dan menyerang pulau api untuk menguasainya apabila Moltres tidak berada di sekitarnya.

Articuno

Pokémon khas yang dikenali sebagai dewa ais. Apabila Moltres dan Zapdos ditangkap oleh Lawrence III, ia mengubah persekitaran Shamouti Island menjadi lautan ais.

Slowking

Ia melindungi mezbah Shamouti Island dan prihatin terhadap malapetaka yang dihadapi dunia.

Ash

Seorang budak lelaki yang berimpian untuk menjadi seorang Pokémon Master yang memulakan perjalanannya bersama Pikachu.

Partner Pokémon
  • Pikachu
  • Charizard
  • Bulbasaur
  • Lapras
  • Snorlax
  • Squirtle
Misty

Sebagai anak bongsu di antara 4 gadis di dalam keluarganya, Misty mempunyai keperibadian yang tidak seimbang dan melakukan perkara-perkara dengan langkahnya sendiri. Dia memulakan perjalanannya untuk menjadi Pelatih Pokémon jenis air yang sangat cemerlang.

Partner Pokémon
  • Goldeen
  • Psyduck
  • Staryu
  • Togepi
Team Rocket

Organisasi jahat yang diketuai oleh Giovanni untuk menakluk dunia. Jessie, James dan Meowth dalam Team Rocket berusaha untuk menangkap Pikachu kepunyaan Ash.

Partner Pokémon
  • Arbok
  • Weezing
Tracey

Seorang pelajar model dengan pemerhatian dan impian yang sangat baik bagi menjelaskan misteri Pokémon.

Partner Pokémon
  • Marill
  • Scyther
  • Venonat
Lawrence III

Pengumpul misteri yang mengumpul barangan yang jarang dijumpai dari seluruh dunia. Dia mengembara dalam kapal udara yang besar dan cuba untuk menambah Moltres, Zapdos, Articuno dan Lugia ke koleksinya.

Melody

Seorang gadis muda dari Shamouti Island yang memberitahu Ash mengenai legenda pulau tersebut dan risau tentang Ash ketika dia berangkat dalam perjalanannya di tengah-tengah lautan beribut. Juga, apakah rahsia di sebalik ocarinanya?!

Carol

Kakak Melody yang bersatu semula dengan kawannya, Kapten, selepas 5 tahun.

Kapten

Kapten yang boleh dipercayai yang dapat menavigasi merentasi lautan beribut dan membenarkan Ash dan kawan-kawan di atas kapal untuk menyeberangi ke Shamouti Island.

Elder

Memilih Ash sebagai Pelatih yang luar biasa mengikut legenda pulau-pulau.

Pikachu's Rescue Adventure

Pada suatu hari, Pikachu dan kawan-kawannya berjalan bersama dan tiba-tiba mereka terjatuh ke dalam lubang Diglett yang membawa mereka ke Pokémon Valley, lokasi rahsia yang tidak diketahui oleh sesiapa. Pikachu dan kawan-kawannnya mendapatkan bantuan dari Pokémon yang lain bagi mencari Togepi, yang terdahulu jatuh melalui lubang yang sama. Kumpulan itu akhirnya menjumpai Togepi di sarang Exeggcute tetapi salah satu daripada Exeggcute tersebut telah hilang. Kumpulan tersebut akhirnya berazam untuk mencari Exeggcute yang hilang itu tetapi kali ini Pikachu dan kawan-kawannya telah kembali ke sarang itu dengan tangan yang kosong. Waktu itulah badai mula mengeluarkan air, memenuhi Pokémon Valley dengan guruh yang mengaum dan angin ribut yang hampir meniup terbang Pokémon yang lain dan juga sarang Exeggcute itu! Adakah Pikachu dan kawan-kawan dapat mengekalkan sarang itu dengan selamat dan menyatukan semula Exeggcute?

©1997 Nintendo, Creatures, GAME FREAK, TV Tokyo, ShoPro, JR Kikaku. 
©Pokémon.  
©2017 PIKACHU PROJECT.