Pokémon Heroes

STORY
Setiap tahun bandar Alto Mare akan mengadakan perlumbaan khas Pokémon Air di sepanjang terusan dan kali ini, Ash dan Misty adalah merupakan pesaing utama! Walaupun dia tidak menang, Ash masih lagi mencari tempat istimewa di dalam hati seorang gadis misteri yang diselamatkan dari dua wanita yang nakal. Namun, dia bukanlah seorang gadis biasa—dia sebenarnya ialah Lagenda Latias yang menyamar!
Ash dapat melihat sedikit sebanyak ke dalam dunia rahsia Latios dan Latias tetapi dunia ini tidak lama lagi bakal diancam oleh dua wanita iaitu Annie dan Oakley yang mengejar dua Pokémon Lagenda serta permata misteri yang dinamakan Soul Dew. Unsur yang apabila digabungkan akan membolehkan mereka mengawal sebuah mesin kuat yang biasanya melindungi bandar Alto Mare daripada sebarang ancaman. Apabila mesin itu tidak lagi berfungsi, ianya bukan hanya meletakkan Latios dan Latias bahkan seluruh bandar Alto Mare dalam ancaman bahaya.





Camp Pikachu
Semasa dalam perjalanan balik ke rumah menaiki atas kereta api, Pichu Brothers tiba-tiba terjatuh dan terbang ke udara! Mereka terlanggar Wynaut semasa perjalanan ke bawah dan membawa ketiga-tiga mereka ke hutan di mana Pikachu, Totodile dan beberapa lagi kawan mereka bermain di air terjun dan membina unggun api. Apabila hujan mulai turun, kumpulan itu berlindung di kilang air tetapi kilang itu mulai bergerak! Keesokan harinya, sekumpulan mereka memutuskan untuk bekerjasama bagi memastikan Pichu Brothers dapat menaiki kereta api itu semula. Adakah kedua-duanya mampu balik dengan selamat? Dipenuhi pertemuan yang menyeronokkan dengan pelbagai jenis Pokémon di dalam hutan, fantasi muzik ini adalah kegembiraan yang sebenar—dan malah mempersembahkan Pokémon yang menyeronokkan seperti Wynaut (the Bright Pokémon), Duskull (the Requiem Pokémon), dan Volbeat (the Firefly Pokémon)!




©Pokémon.
©2017 PIKACHU PROJECT.