Filem

Pokémon: Detective Pikachu

  • Facebook
  • Twitter
mypokemon-detective-pikachu.png

Pokémon: Detective Pikachu merupakan sebuah filem aksi yang diarah oleh Rob Letterman dan ditulis oleh Nicole Perlman dan Letterman berdasarkan video game 2016 dengan nama yang sama. Ia merupakan filem 'live-action' yang pertama buat francais Pokémon. Ryan Reynolds memegang watak Detective Pikachu dan menyumbangkan suara serta riak mukanya dengan menggunakan teknologi 'facial motion capture'. Lain-lain pelakon yang terlibat ialah Justice Smith, Kathryn Newton, dan Ken Watanabe.

Ia bakal ditayangkan dalam RealID 3D pada 10 Mei 2019 di Jepun dan Amerika Syarikat.

Sinopsis:
Di dunia Pokémon ini, Tim Goodman (Justice Smith) merupakan seorang yang telah gagal sebagai Pelatih Pokémon dan juga ialah anak kepada detektif terkemuka, Harry Goodman. Apabila ayahnya hilang dalam sebuah kemalangan jalan raya, dia bertemu dengan Detective Pikachu (Ryan Reynolds) yang merupakan bekas teman Pokémon kepada Harry. Entah kenapa, Tim dapat memahami percakapan Detective Pikachu, dan mereka sama-sama berganding bahu untuk mencari Harry dan menyelesaikan misteri tentang kehilangannya.

Official Trailer #1 https://youtu.be/1roy4o4tqQM
  • Facebook
  • Twitter