Samakan
Jika Pokémon terbakar, terlumpuh atau diracuni oleh Pokémon lain, Pokémon tersebut akan turut mengalami keadaan status yang sama.
Fokus Dalaman
Tumpuan mendalam Pokémon mencegah dirinya daripada tersentak atau terjejas oleh Ketakutan.
Kadabra merenung sudu perak bagi menguatkan kuasa psikik sebelum dilepaskan. Sudu emas ternyata tidak berguna bagi tujuan ini.
Kadabra mempunyai kuasa mental yang kuat, tetapi kuasa psikik Pokémon ini menjadi separuh sekiranya tidak memegang sudu perak.
Terdapat desas-desus bahawa seorang kanak-kanak berkuasa psikik telah bertukar bentuk menjadi Pokémon ini, namun kebenaran itu tidak diketahui. Kesimpulan saya adalah sudu di tangannya mempunyai kesan meningkatkan gelombang otak.