Jangkaan
Pokémon boleh mengesan serangan berbahaya daripada Pokémon pihak lawan.
Kulit Kering
Semasa hujan atau apabila terkena serangan Jenis Air, Nyawa Pokémon akan pulih. Semasa matahari terik, Nyawa akan berkurangan. Kecederaan yang diterima daripada serangan jenis Api juga meningkat.
Toxicroak menggunakan badan lembutnya untuk mengelak serangan, kemudian melompat menghampiri lawannya dan menusuk dengan kuku beracunnya.
Toxicroak mempunyai kantung racun di tenggorok. Apabila mengeluarkan suara, racun yang terkumpul akan teradun dan menjadi lebih kuat.
Kukunya yang berwarna merah merona menyimpan bisa pembawa maut. Jika bisanya dicairkan dan dicampur dengan beberapa jenis rumput liar, ia akan menjadi ubat yang mujarab selepas direbus selama dua malam.