Privacy Policy
Syarikat Pokémon dan ahli-ahli gabungan yang disenaraikan di bawah* (secara kolektif, “Kumpulan Pokémon”),mengenali kepentingan Maklumat Peribadi (seperti yang ditakrifkan dalam 'Definisi Maklumat Peribadi') dan adalahkomited untuk melindungi Maklumat Peribadi. Dasar Privasi ini menetapkan peraturan yang harus dipatuhi oleh KumpulanPokémon bagi pengurusan dan perlindungan Maklumat Peribadi anda yang sesuai dan memberikan anda maklumat mengenaipengendalian Maklumat Peribadi Kumpulan Pokémon.
* Pokémon Center Co. Ltd., Pokemon Singapore, Pte. Ltd., 宝可梦(上海)玩具有限公司 (Pokemon Shanghai), Pokémon Korea, Inc danPokémon Taiwan Co., Ltd.
Dasar Privasi ini membentuk satu perjanjian antara anda dan Kumpulan Pokémon. Untuk menggunakan produk danperkhidmatan Kumpulan Pokémon, anda perlu memahami sepenuhnya dan bersetuju dengan Dasar Privasi ini. Denganmenggunakan mana-mana produk atau perkhidmatan Kumpulan Pokémon, anda akan dianggap telah bersetuju dengan terma dansyarat Dasar Privasi ini.
Sekiranya anda masih di bawah umur dewasa di negara tempat tinggal anda, anda mesti mengesahkan bahawa penjaga atauwakil sah undang-undang anda telah membaca Dasar Privasi ini dan membenarkan anda untuk menggunakan produk danperkhidmatan Kumpulan Pokémon berdasarkan terma dan syarat Dasar Privasi ini. Dalam kes di mana kebenaran ataupunpersetujuan langsung penjaga atau wakil sah undang-undang anda diperlukan, anda mesti mendapatkan kebenaran tersebutatas tanggungjawab anda sendiri.
Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Dasar Privasi ini, atau jika penjaga atau wakil sah undang-undang anda tidakbersetuju dengan Dasar Privasi ini, anda tidak dibenarkan menggunakan produk atau perkhidmatan Kumpulan Pokémon.
Skop Dasar Privasi
Dasar Privasi ini terpakai untuk pengendalian Maklumat Peribadi oleh syarikat-syarikat Kumpulan Pokémon. Sekiranyasetiap syarikat Kumpulan Pokémon mempunyai dasar privasi yang terpakai khas untuk negara atau wilayah yang tertentu,atau produk atau layanan yang tertentu, (selepas ini dirujuk sebagai 'Dasar Privasi Khusus'), dan terdapatperselisihan antara Dasar Privasi ini dan Dasar Privasi Khusus, maka syarat Dasar Privasi Khusus akan terpakai.
Sekiranya Dasar Privasi ini mengandungi peruntukan khas untuk pelanggan yang menetap di negara atau wilayahtertentu, peruntukan khas tersebut akan terpakai.
Definisi Maklumat Peribadi
Definisi 'Maklumat Peribadi' yang dirangkumi oleh Dasar Privasi ini akan menuruti peruntukan Akta PerlindunganMaklumat Peribadi Jepun (Akta No. 57 tahun 2003, selanjutnya dirujuk sebagai 'Akta' termasuk sebarang pindaan ataurevisi berkenaan) dan undang-undang dan peraturan lain yang berkaitan dengan privasi di negara dan wilayah yangberkenaan (selanjutnya disebut 'Undang-Undang').
'Maklumat Peribadi' ditakrifkan dalam Akta sebagai maklumat yang berkaitan dengan individu yang masih berhidup (i)yang mengandungi nama, tarikh lahir, atau penerangan lain, dll. di mana individu tertentu dapat dikenali (termasukapa-apa yang secara langsung dapat menimbulkan pengenalpastian individu tertentu dan apa-apa yang dapat disatukandengan maklumat lain dan dengan itu mengenal pasti individu tertentu) atau (ii) ditakrifkan sebagai 'kod pengenalanindividu' seperti cap jari, cetak suara, dll.
Dalam kes di mana Dasar Privasi ini terpakai untuk Maklumat Peribadi pelanggan yang menetap di Jepun, 'MaklumatPeribadi' harus merangkumi 'data peribadi' dan 'data peribadi yang disimpan' seperti yang didefinisikan dalam Akta.
Dasar melindungi Maklumat Peribadi
- 1.Kumpulan Pokémon akan mematuhi Undang-Undang.
- 2.Kumpulan Pokémon akan mengendalikan Maklumat Peribadi hanya setakat yang diperlukan untuk mencapai tujuan-tujuan penggunaan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.
- 3.Kumpulan Pokémon akan memastikan Maklumat Peribadi adalah tepat dan terkini serta memadamkan maklumat tersebut tanpa berlengah setelah tujuan penggunaannya dicapai. Selanjutnya, jika diwajibkan oleh Undang-Undang, Kumpulan Pokémon akan menetapkan jangka waktu penyimpanan Maklumat Peribadi dan memadamkan Maklumat Peribadi tanpa berlengah setelah tempoh penyimpanan Maklumat Peribadi berakhir.
- 4.Kumpulan Pokémon akan berusaha untuk mengambil tindakan yang perlu dan sesuai untuk pengawalan keselamatan Maklumat Peribadi termasuk mencegah akses yang tidak dibenarkan, kebocoran, pemalsuan, kehilangan dan kerosakan, dll.
- 5.Kumpulan Pokémon akan berusaha untuk terus mengulas semula dan meningkatkan langkah-langkah untuk melindungi Maklumat Peribadi.
Koleksi Maklumat Peribadi
- 1.Kumpulan Pokémon dibenarkan mengumpulkan pelbagai Maklumat Peribadi daripada anda termasuk maklumat yang berikut, dalam bentuk lisan atau bertulis atau dengan cara gambaran, rakaman, media rakaman elektromagnetik, e-mel, input di Internet atau cara-cara lain.
Nama, alamat, jantina, umur, tarikh lahir, nombor telefon, nombor faks, alamat e-mel, nama sekolah, pekerjaan, tempat kerja, nombor lesen memandu, nombor pasport, maklumat mengenai produk / perkhidmatan Kumpulan Pokémon yang digunakan oleh pelanggan (termasuk nama pengguna untuk permainan, maklumat berkaitan dengan komunikasi (seperti alamat IP), akaun media sosial, sejarah permainan, kaedah bermain, dll.), foto / filem yang diambil atau dirakam, suara, jenis produk Kumpulan Pokémon / perkhidmatan yang dipesan atau dibeli dan maklumat pembelian seperti maklumat kad kredit dan tarikh pembelian, salinan sijil tempat tinggal dan maklumat yang membenarkan pengenalan individu tertentu. - 2.Kumpulan Pokémon tidak akan mengumpulkan Maklumat Peribadi yang khususnya sensitif, seperti bangsa, agama, status sosial atau sejarah perubatan pelanggan tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada pelanggan; dengan syarat bahawa peruntukan ini berkemungkinan tidak akan terpakai jika dikehendaki sebaliknya oleh Undang-Undang.
Tujuan Penggunaan Maklumat Peribadi
Kumpulan Pokémon hanya akan menggunakan Maklumat Peribadi yang dikumpulkan setakat yang diperlukan untuk mencapaitujuan-tujuan yang berikut dan tujuan-tujuan yang dinyatakan secara jelas terlebih dahulu.
Tujuan-tujuan penggunaan
- 1.Untuk menangani penerimaan pesanan, pemprosesan penyelesaian, pengiriman, perkhidmatan selepas penjualan, pembaikan, dll. berkaitan dengan produk dan perkhidmatan.
- 2.Untuk menjalankan cabutan serta pemilihan untuk pelbagai kempen-kempen seperti kempen dan peraduan terkini, dll., dan untuk menghubungi pelanggan-pelanggan yang telah memohon untuk terlibat dalam kempen-kempen tersebut.
- 3.Untuk membalas pertanyaan atau permintaan daripada mana-mana pelanggan dan mengesahkan pengenalpastian pelanggan tersebut.
- 4.Untuk mengurus ahli-ahli laman web, kedai atas talian (online)dan buletin e-mel, dll. yang dikendalikan oleh Kumpulan Pokémon.
- 5.Untuk beroperasi, merakam dan mengumumkan acara-acara mengenai produk dan perkhidmatan Kumpulan Pokémon (termasuk pertandingan permainan kad Pokémon).
- 6.Untuk pengumuman, pengiklanan dan aktiviti-aktiviti promosi mengenai produk dan perkhidmatan Kumpulan Pokémon (termasuk pengedaran buletin e-mel dan pengumuman).
- 7.Untuk reka bentuk, penyelidikan, pengembangan atau peningkatan produk / perkhidmatan serta penyelidikan dan analisis pasaran. (termasuklah menganalisis Maklumat Peribadi yang dikumpul, seperti maklumat pembelian pelanggan, untuk menyediakan promosi dan iklan yang berkesan berdasarkan ciri-ciri pelanggan).
- 8.Untuk menyiasat, mengesan, mencegah ataupun mengambil tindakan terhadap apa-apa perbuatan yang melanggar mana-mana terma dan syarat yang ditetapkan oleh Kumpulan Pokémon, termasuklah penipuan, akses tanpa kebenaran dan aktiviti-aktiviti haram yang lain.
- 9.Untuk menjalankan perniagaan sampingan atau yang berkaitan dengan perkara-perkara di atas.
Penggunaan Bersama Maklumat Peribadi
Syarikat-syarikat Kumpulan Pokémon dibenarkan secara bersama untuk menggunakan Maklumat Peribadi pelanggan menurutUndang-Undang.
- 1.Perkara-perkara Maklumat Peribadi yang dibenarkan digunakan bersama
Perkara-perkara yang dinyatakan dalam bahagian 'Koleksi Maklumat Peribadi' di atas. - 2.Tujuan penggunaan bersama
Tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam bahagian 'Tujuan Penggunaan Maklumat Peribadi' di atas. - 3.Skop penggunaan bersama Maklumat Peribadi
Kumpulan Pokémon - 4.Orang yang bertanggungjawab untuk pengurusan Maklumat Peribadi Syarikat Pokémon
Pemberian Maklumat Peribadi kepada pihak ketiga
Kumpulan Pokémon tidak akan mendedahkan atau memberikan Maklumat Peribadi kepada pihak ketiga kecuali dalammana-mana kes berikut:
- 1.Pendedahan dibuat dengan kebenaran pelanggan.
- 2.Pendedahan atau penyerahan yang dibuat setakat yang diwajibkan oleh Undang-Undang.
- 3.Pendedahan dibuat dengan cara yang tidak membenarkan pengenalpastian seseorang pelanggan individu, seperti data statistik.
- 4.Pendedahan atau pemberian yang dibuat kepada kontraktor (termasuk kontraktor di luar Jepun) setakat yang diperlukan untuk mencapai tujuan penggunaan. Dalam kes ini, Kumpulan Pokémon akan melakukan semua pengawasan yang diperlukan dan sesuai terhadap kontraktor dengan mengambil langkah-langkah seperti mengadakan perjanjian ataupun kontrak dengan kontraktor tersebut mengenai pengendalian Maklumat Peribadi.
- 5.Pendedahan atau pemberian yang diperlukan untuk melindungi nyawa, kesihatan atau harta benda pelanggan atau pihak ketiga dan yang sukar untuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.
Pemindahan ke luar negara
Kumpulan Pokémon dibenarkan mendedahkan serta memindahkan Maklumat Peribadi anda ke mana-mana entiti di luar negaraJepun setakat yang diperlukan untuk mencapai tujuan penggunaan yang ditentukan dalam Dasar Privasi ini. Dalam kessedemikian, Kumpulan Pokémon akan melaksanakan penyeliaan yang sewajarnya ke atas entiti yang berkenaan.
- 1.Pelanggan tersebut telah memberikan persetujuannya;
- 2.Entiti tersebut berada di negara atau wilayah yang ditakrifkan oleh Ordinan Penguatkuasaan Akta sebagai negara atau wilayah asing yang mempunyai sistem untuk perlindungan Maklumat Peribadi yang dianggap mempunyai tahap yang setara dengan Jepun dalam melindungi hak dan kepentingan individu-individu.
- 3.Adalah dipastikan bahawa langkah-langkah yang setara dengan langkah-langkah yang perlu diambil oleh entiti yang mengendalikan Maklumat Peribadi di bawah Akta, juga dilaksanakan secara berterusan dengan cara membuat perjanjian ataupun kontrak mengenai pengendalian Maklumat Peribadi dengan entiti tersebut ataupun dengan cara lain.
Perubahan kepada Dasar Privasi ini
Kumpulan Pokémon mungkin akan mengemas kini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa berturut dengan kehendakianUndang-Undang yang baru digubalkan atau untuk sebab-sebab yang lain. Dasar Privasi yang dikemas kini akanditerbitkan di laman web ini dan akan mula berkuatkuasa pada masa penerbitan tersebut. Sekiranya anda terusmenggunakan produk atau perkhidmatan Kumpulan Pokémon setelah pengemas kini tersebut, anda akan dianggap sebagaitelah menyetujui kepada Dasar Privasi yang telah dikemas kini tersebut.
Pengurusan Maklumat Peribadi
Untuk mengelakkan kebocoran, kehilangan atau kerosakan terhadap Maklumat Peribadi yang dikumpul daripada pelanggan-pelanggan, Kumpulan Pokémon akan mengambil langkah-langkah yang perlu dan sesuai untuk mengawal keselamatan MaklumatPeribadi, termasuk langkah-langkah yang disenaraikan di bawah, dan akan terus menyemak dan menambah baiklangkah-langkah tersebut.
- 1.Langkah-langkah Kawalan Keselamatan Organisasi
Kumpulan Pokémon akan melantik seorang pegawai pengurusan maklumat, menubuhkan jabatan khusus untuk mengendalikan Maklumat Peribadi, mewujudkan aliran tindak balas sekiranya berlaku kebocoran atau insiden lain, serta mewujudkan sistem-sistem organisasi lain. Sebagai tambahan, Kumpulan Pokémon akan menetapkan peraturan-peraturan dalaman mengenai pengendalian Maklumat Peribadi, dan akan menguatkuasakan peraturan tersebut dengan sewajarnya. - 2.Langkah-langkah Kawalan Keselamatan Kakitangan
Kumpulan Pokémon akan memastikan bahawa semua kakitangan dimaklumkan tentang cara pengendalian Maklumat Peribadi yang betul dan akan menyediakan penyeliaan dan latihan yang sesuai bagi kakitangan tersebut untuk memastikan keselamatan Maklumat Peribadi terkawal. - 3.Langkah-langkah Kawalan Keselamatan Fizikal
Kumpulan Pokémon akan mengawal kawasan-kawasan di mana Maklumat Peribadi dikendalikan, melarang pengendalian Maklumat Peribadi di luar kawasan-kawasan tersebut, serta mencegah kecurian atau kebocoran peralatan, media elektronik, dsb., yang digunakan untuk mengendalikan Maklumat Peribadi. - 4.Langkah Kawalan Keselamatan Teknikal
Kumpulan Pokémon akan mengehadkan sistem maklumat yang dibenarkan untuk mengendalikan Maklumat Peribadi, mengehadkan kakitangan yang dibenarkan menggunakan istema maklumat tersebut serta melaksanakan kawalan akses yang sesuai. Sebagai tambahan, satu istema akan diggunapakai dengan sewajarnya bagi menghalang akses yang tidak dibenarkan daripada luar, serta menghalang perisian-perisian yang tidak dibenarkan. - 5.Memahami Persekitaran Luaran
Apabila mengendalikan Maklumat Peribadi di negara asing, Kumpulan Pokémon akan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mengawal keselamatan Maklumat Peribadi berdasarkan pemahaman kami mengenai sistem-sistem perlindungan Maklumat Peribadi di negara asing tersebut.
Perubahan kepada Dasar Privasi ini
Kumpulan Pokémon dibenarkan mengemas kini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa berturut dengan keperluanUndang-Undang baru yang digubalkan atau untuk sebab-sebab yang lain. Dasar Privasi yang dikemas kini akanditerbitkan di laman web ini dan akan mula berkuatkuasa pada masa penerbitan tersebut. Sekiranya anda terusmenggunakan produk atau perkhidmatan Kumpulan Pokémon setelah pengemas kini tersebut, anda akan dianggap sebagaitelah menyetujui kepada Dasar Privasi yang telah dikemas kini tersebut.
Prosedur dan pertanyaan berkaitan dengan Maklumat Peribadi
Berdasarkan Undang-Undang, anda mempunyai hak-hak tertentu mengenai pemberitahuan mengenai tujuan penggunaan,pendedahan, pembetulan, penambahan, pemadaman, penangguhan penggunaan, penghapusan atau permintaan penangguhanpemberian kepada pihak ketiga, dll. berkaitan degan Maklumat Peribadi yang diperoleh oleh Kumpulan Pokémon. Dalammenuntut hak anda, anda mungkin diminta untuk menjalani prosedur pengenalpastian.
Sila hubungi pegawai pemprosesan data kami dengan menggunakan borang berikut bagi mendapatkan maklumat yanglebih lanjut mengenai prosedur ini serta untuk mengemukakan sebarang pertanyaan.
Kuki
Kuki digunakan dalam beberapa bahagian laman web yang dikendalikan oleh Kumpulan Pokémon untuk tujuan penggunaanlaman web yang lebih lancar. Kuki merujuk kepada data kecil yang dihantar kepada penyemak imbas web anda semasa andamengakses laman web. Data tersebut membolehkan kami mengetahui sejarah akses pengguna ke laman web kami. Tidak adasebarang maklumat yang dapat mengenal pasti pelanggan tertentu yang terkandung dalam maklumat yang diperolehi olehKuki melainkan jika pelanggan memasukkan maklumat yang dapat digunakan untuk mengenal pasti pelanggan tersebut,seperti dengan pendaftaran keahlian atau apa-apa yang berkenaan. Harap maklum bahawa sekiranya Kuki dinyahaktifkan,sekatan penggunaan laman web berkemungkinan akan berlaku.
Notis kepada Penduduk Malaysia
Tambahan kepada perkara di atas, sekiranya anda ialah penduduk Malaysia dan jika Maklumat Peribadi anda diproses diMalaysia, anda mungkin mempunyai hak-hak tambahan yang tertentu berkenaan dengan Maklumat Peribadi yang kami milikimengenai anda , termasuk:
- •hak untuk menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan Maklumat Peribadi anda;
- •hak untuk diberitahu melalui notis bertulis mengenai:
(a) hak subjek data itu untuk meminta akses kepada dan untuk meminta pembetulan terhadap Maklumat Peribadi itu dan bagaimana untuk menghubungi pengguna data itu tentang apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan dengan Maklumat Peribadi itu;
(b) sama ada wajib atau sukarela bagi subjek data untuk memberikan Maklumat Peribadi itu; dan
(c) jika wajib bagi subjek data untuk memberikan Maklumat Peribadi itu, akibat kepadanya jika dia tidak memberikan Maklumat Peribadi itu. - •hak untuk mengakses Maklumat Peribadi yang dipegang oleh seorang pengguna data dan boleh memperbetulkan Maklumat Peribadi itu jika data peribadinya tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, kecuali jika pematuhan dengan permintaan untuk akses atau pembetulan tersebut enggan diberikan di bawah undang-undang.
Mengenai Penggunaan Google Analitis
- 1. Laman ini menggunakan Google Analitis daripada Google LLC (disebut sebagai SyarikatGoogle) bagi mengetahui status penggunaan pelanggan. Google Analitis menggunakan kuki dan sebagainya untukmengumpulmaklumat pelanggan tanpa mengenalpasti individu tertentu. Maklumat yang dikumpul Google Analitis diurus mengikutpolisi privasi Syarikat Google. Sila layari laman sesawang Syarikat Google untuk terma perkhidmatan dan polisiprivasi.
Terma Perkhidmatan Google Analitis
https://marketingplatform.google.com/about/analytics/terms/us/
Polisi Privasi Google
https://policies.google.com/privacy?hl=en - 2. Laman ini menggunakan fungsi pengiklanan Google Analitis yang disenaraikan di bawah.Vendor pihak ketiga termasuk syarikat kami dan Syarikat Google menggabungkan kuki pihak pertama Google Analitis,kuki pihak pertama dikeluarkan syarikat kami (atau ID pihak pertama yang lain) dan kuki pihak ketiga sepertikukiGoogle Ads (atau ID pihak ketiga yang lain) bagi mengetahui kecenderungan pelanggan yang melayari laman ini bagimenyampaikan iklan yang sesuai.
- ・Google Analytics Remarketing
- ・Google Display Network Impression Report
- ・Google Analytics Demographics and Interest Categories Report
- ・Perkhidmatan bersepadu yang memerlukan Google Analitis bagi pengumpulan data untuk tujuan pengiklanan(termasuk pengumpulan data daripada kuki iklan dan pengecaman ).
- 3. Sekiranya anda tidak mahu maklumat anda digunakan oleh Google Analitis, anda bolehmemilih tetapan opt-out daripada「Google Analytics Opt-out Add-on」bagi menyahaktifkan fungsi pengumpulan maklumatdaripada Syarikat Google.
Google Analytics Opt-out Add-on
https://tools.google.com/dlpage/gaoptout?hl=en
-
Last updated: May 20, 2024