Pokémon
Pokédex Pokémon Trading Card Game
  • Topics
  • TV / Film
  • Goods
  • Apps
  • Video Games
  • Card
  • What is Pokémon?
  • Topics
  • TV / Film
  • Goods
  • Apps
  • Video Games
  • Card
  • Pokédex Pokémon Trading Card Game
    • Pokédex
    • Pokémon Trading Card Game Website
    • Nintendo Switch 2
    • PokémonMEZASTER
    • Facebook
    • YouTube
    Region
    • What is Pokémon?
    • Terms of Use
    • Privacy Policy
    • Sitemap
    • Enquiry for Business
    ©Pokémon. ©Nintendo/Creatures Inc./GAME FREAK inc. ©Nintendo, Creatures, GAME FREAK, TV Tokyo, ShoPro, JR Kikaku. ©Pokémon. TM, ®, and character names are trademarks of Nintendo.

    Kemunculan Pokémon di Karnival Monsta Galaxy!

    Event

    08.28.2018

    UID_topics-93-10_thumbnail.jpg
    gambar-6.jpg

    Karnival Monsta Galaxy telah berlangsung sepanjang musim cuti persekolahan yang lalu iaitu pada 17 hingga 26 haribulan Ogos 2018 di Sunway Velocity Mall. Antara sebab kenapa karnival ini diadakan adalah, bagi mempromosikan jenama Pokémon itu sendiri disamping memperkenalkan kepada orang ramai mengenai siri tv terbaru Pokémon iaitu Pokémon Sun & Moon yang mana ia telahpun memulakan penyiarannya di Monsta Youtube Channel.

    Karnival ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan terutama dari kalangan mereka yang sudah berkeluarga. Dianggarkan, seramai 13 000 pengunjung telah menghadiri karnival ini sepanjang ia berlangsung selama 10 hari dan 3700 daripadanya merupakan golongan kanak-kanak. Oleh kerana karnival berkenaan Pokémon seperti ini jarang-jarang diadakan di Malaysia, para peminat Pokémon yang sudah berusia dewasa juga turut tidak melepaskan peluang memeriahkan karnival ini.

    Sorotan karnival Monsta Galaxy ini termasuklah sesi Meet & Greet bersama maskot rasmi Pikachu, tayangan episod istimewa siri Pokémon Sun & Moon yang ditayangkan hampir setiap hari sepanjang karnival berlangsung, juga turut dijual barangan cenderahati Pokémon yang diterbangkan khas daripada Jepun.

    Kanak-kanak yang hadir pula berpeluang bermain permainan Pokémon yang direka khas untuk karnival Pokémon ini. Orang ramai juga turut berkesempatan untuk melihat dan bergambar bersama 4 mini inflatables Pokémon yang dibawa khas daripada Jepun yang menyaksikan 4 watak didalam Pokémon iaitu, Pikachu, Litte, Rowlet, dan Popplio bersama sebuah giant Pikachu - yang menjadi tarikan utama didalam karnival ini.

    gambar-1.jpg
    gambar-8.JPG
    gambar-2.jpg
    gambar-4.jpg
    gambar-7.JPG
    gambar-1.jpg
    gambar-8.JPG
    gambar-2.jpg
    gambar-4.jpg
    gambar-7.JPG